Saya mewakili Pengarah Pasti WP dan seluruh Ahli Lembaga Pengarah Pasti WP mengucapkan selamat menyambut Eidul Fitri kepada semua guru-guru pasti di Kuala Lumpur, ibubapa yang anaknya belajar di pasti dan kepada semua yang terlibat dengan Pasti WP. Mudah-mudahan amalan puasa yang telah kita lalui sepanjang Ramadhan ini diterima oleh Allah S.W.T dan dikurniakan darjat taqwa yang telah dijanjikan. Mudah-mudahan puasa yang telah kita kerjakan dapat mendidik kita dalam menjadi insan yang sentiasa dapat mengawal diri dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. Hati-hati memandu pulang ke kampung bagi yang balik ke kampung. Semoga selamat kembali semula ke Kuala Lumpur dengan semangat baru dalam menjalani kehidupan selepas bergembira bertemu sanak saudara yang tersayang. Maaf zahir batin dari kami semua.
Wednesday, 21 September 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)